Sungguh kongregasi ini mampu untuk berdikari...mereka mengeluarkan buku buku, booklet, leaflet, kad doa atau prayer card dan sebagainya...lalu menjualnya dengan harga yang mampu dibeli semua...itu juga merupakan salah satu daripada pendapatan kongregasi ini...
Dengan izin Tuhan, saya akan menjadi salah seorang daripada AJK kem kanak-kanak 2010...sungguh malang sekali kem kanak-kanak pada tahun lepas iaitu tahun 2009 telah ditangguhkan disebabkan oleh bawaan penyakit selesma burung...maka untuk langkah langkah keselamatan, kem tersebut tidak dapat dijalankan...tetapi tahun ini kem tersebut akan dapat ditebus kerana saya sendiri menjanjikan aktiviti, program dan sesi yang begitu menarik dan mengesankan kepada semua kanak kanak yang bakal mengalami jamahan kasih Tuhan...
Kem ini akan berlangsung pada bulan Ogos 2010 jika diikutkan jadual...maka kepada ibu bapa yang mahu anak-anaknya mengikuti dan mengalami sendiri jamahan kasih Tuhan, maka silalah mendapatkan borang tersebut yang akan dikeluarkan oleh kongregasi ini tidak lama lagi...siapa lambat daftar dia yang rugi...
Dan ini ditujukan khas kepada belia beliawanis seperti saya...yang mau melayani di ladang Tuhan, yang belum tahu hala tuju masing-masing...silakan hubungi saya lewat emel...saya akan membantu kamu semua untuk melayani...saya sendiri merasa begitu diberkati melayani di ladang Tuhan...
Saudara saudariku yang terkasih...Tuhan Yesus Berkata....IKUTLAH AKU...upahmu akan besar di syurga...IKUTLAH AKU...
Tuhan memberkati kalian...
Saturday, April 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment